v + aku bukan milik kamu + v

v + aku bukan milik kamu + v
P.a.s.t.i.I.t.u.B.u.k.a.n.A.k.u

Tuesday, January 26, 2010

Berhargakah mawi dan siti?




Ting..ting..ting..

Bukan bunyi loceng macha aiskrim yang dok lalu tepi rumah tu. Ni bunyi alarm la. Pukul 2.00 pagi. Mugkin masa ni ad antara korang yang tengah berjaga dan ada juga tengah membuta sampai ke pagi. Jangan sampai tak bangun-bangun terus sudah. Haru la jawabnya lagi-lagi kalau hari-hari asyik subuh gajah je (gajah pun takut tengok korang sembahyang subuh = peringatan juga untuk dri sendiri..uhuh).

Dah berbulan tak pergi karaoke. Rindunya suasana itu..Whoaa!! Mesti korang cakap eleh macam suara sedap. Walaupun suara I x sedap, I x kire, I nak nyanyi jugak.. haha. Pastu ad kawan I kata, kalau nak tunggu suara sedap baru boleh nyanyi, sampai kucing tak ada janggut pun belum tentu boleh nyanyi. So hargai suara anda selagi bersuara. Ada satu masa dulu lepas berhempas pulas jawab final exam semester 5, I dengan budak-budak bilik berhajat pergi karaoke dekat ole ole sek18. Kami semua pakat la menyanyi sampai tekeluar anak tekak. Yela kan, time boleh lepas tension, apalah sangat setakat sepuluh dua puluh lagu. Tengah syok syok sendiri, terasa pulak ada makhluk tertido dalam room tu. Apakah!! Rasa cam nak gigit-gigit je kawan tu. Mungkin la dia penat perah otak kat hall. Berbulu jiwa. Whatever!! Kepada kawan I tu, esok-esok I gian nak karaoke u kna duduk luar ye sayang..ahaa

Panjangnya mukadimah. Apa I merepek panjang-panjang kat atas tu kan. Okey kita teruskan agenda kenapa I update blog ni. Ada apa dengan Mawi dan Siti?.. Mawi? Siti? Mawi mana? Siti mana? alaala x kan korang x kenal dua nama ni. Jangan buat- buat tak kenal la. Nenek-nenek, atok-atok, makcik-makcik, adik-adik, baby-baby senang kata seantero Malaysia kenal diorang berdua ni. Penyanyi top Malaysia tu.. Setiap kali ada event besar mesti tak ketinggalan buat persembahan. Orang kata gah la majlis tu kalau ada diorang. Macam mana diorang berdua ni boleh popular gila kat Malaysia ni ek? Agak-agak korang la selain bakat semulajadi suara yang sedap tu, apalah ada pada mawi dan siti sampai rakyat Malaysia ni tak henti-henti minat kat diorang, bagi support depan belakang, tepi tengah dan macam macam arah lagi la.

Nak kata sebab rupa paras..biasa je..ramai lagi artis artis Malaysia lagi handsome and jelita, nak kata bijaksana mindanya..mereka berdua hanyalah lepasan spm biasa biasa cam orang lain juga..so?? apekehal nya I nak try sampaikan kat sini..hmm

Sebenarnya dah ramai yang nampak, semua juga nampak. Pada I, mawi dan siti boleh naik sebab diorang berdua ni bijak, lebih bijak dari artis artis lain. Sebab apa I cakap macam tu? Korang perasan tak berapa banyak reality tv sekarang ni. Semua stesen tv kat Malaysia berlumba lumba lahirkan juara dari rancangan stesen diorang. Dengan mentor, one in a million, akademi fantasia, bintang rtm dan macam macam lagi lah. Tapi berapa ketul je yang berjaya? Hanya mereka berdua. Hanya pemilik nama Asmawi Ani dan Siti Nurhaliza Taruddin.

Orang selalu kata ladies first bro.. so .. Firstly kita review pasal Siti Nurhaliza. Suara dia memang sedap banget cam biskut mary. Sedap sedap sedap la.. tak tau nak explain macam mana. Tapi berapa ramai ada suara macam dia? Ramai kan.. tapi sebab orang Malaysia dah sayang sangat kat siti..ahh persetankan kamu semua. Yang penting siti tetap no1. Dari yang tua sampai yang muda semua suka siti sebab..

1. Dia sopan, tak mendedah sana sini macam artis lain. Orang kata akhlak no1. Biarpun dulu dia tak bertudung, cukuplah sekadar menutupi yang lain. Bertapa tinggi nya ke concern nan masyarakat Malaysia. Hiburan hiburan jugak, agama tetap no1.

2. Suara dia memang hot. Kalau buat concert live sama sebijik dengan dalam cd. So no worries klu beli cd ori. Confirm puas hati. Nyanyi la lagu apa pun..kening still x berkerut langsung. Maintain senyum lak tu..ish..ish.. sebab tu cd dia terlaris di pasaran dulu, kini dan mungkin akan datang.

3. Dia menaikkan lagu lagu irama Malaysia. Yelakan..ap tu org kata ‘bahasa jiwa bangsa’. Dengan point ini sayangi lagu melayu kita, irama kita..ohh hati kama. Sebab tu atok nenek kita kenal dia. Budak sekolah rendah pun time tu klu nak masuk menari zapin, dikir barat, buat persembahan hari guru mesti pakai lagu dia, x da orang lain dah.

4. Sebab dia antara yang tercun daripada yang cun cun ( teringat lagi dulu kala kalau ada yang dagu terbelah tu, bangga giler sebab sama macam siti).

Sambungan review kedua. Ni tak bukan pasal abang botak I, mawi uuu..dulu I pun pernah terminat dia kat akademi fantasia 3 tu..yela.. I budak budak hingusan lagi masa tu kot. Mungkin orang suka dan undi mawi menang af dan anugerah anugerah lain sebab..

1. Masa kat akademi fantasia dia selalu bawa lagu-lagu berunsurkan nasyid..pandai mengaji, dan berzanji, rambut pun style pak aji (still..agama tetap no.1)

2. Sense of humor yang tinggi..contohnya selalu lupa lirik tapi muka buat dek je (yeah confident tu penting bro!), menari cam kayu ntah apa apa but just nice sebab buat kita semua terhibur.

3. Suara dia pun tip top time tu..sekali dia tarik..fuhh bestttt sangat.. terpesona sekejap jiwa gadisku..ahaa

4. Sebab dia pun boleh tahan handsome la jugak daripada yang handsome handsome .

5. Sebab dia jawa!! Komuniti jawa ni kan ramai kat Malaysia. X heran la undian dia banyak..

In summary..chewah..hmm kesimpulannya la kan, akhlak yang baik tetap no 1 even nak jadi artis pun. Kepada sesiapa yang teringin sangat nak jadi penyanyi tu, boleh la pakai tips2 ni..even dunia dah berubah sebab kehadiran indie band, tapi masyarakat tetap sama. Mentality tetap sama. Tak mungkin mak ayah kita boleh tukar selera dengar lagu lagu baru sekarang ni..apa pun bukti dah ada beb..so fikir fikirkan..tepuk dada tanya iman. In case dalam industry hiburan di Malaysia sahaja la. Kecuali nak jadi artis kat Hong Kong ke Hollywood ke..yang tu lain cerita..kena bogel bogel pulak kot baru boleh popular. Senang2 x yah jadi artis lah kalau setakat jadi penyempit kat dunia hiburan. Baik jadi cam Dr. Che Rozmey yang popular sebab jusmate5 dia tu..ternama, kaya raya dan bahagia..whoaaa!!

Sekian, adios…

p/s; congrats to yuna dan ana raffali, keep your good attitude dalam menempuh dunia artis. I akan selalu sokong u all babeh!!

Tuesday, January 19, 2010

Food Styling (1st week)


exited : pressure : interesting : happy

Akhirnya..siap jugak first task food styling minggu ni. Actually ini adalah kerja berkumpulan, gabungan tenaga ein + syahida > boom..ahaa (ceh cam bagus je kan..whoaa!!). Dengan penuh dedikasi dan tanggungjawabnya, kami telah menghasilkan semua gambar2 ini

( pergi class mata cam panda sebab x cukup tidur 0_0 )

Terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar dari EN ALI MOHAMAD NOOR, our beloved lecturer. Komen2 yang membina dari pihak en akan kami praktiskan. Banyak teknik2 meng ‘make over’ kan produk2 makanan ini dengan tujuan untuk menaikkan serinya (cam orang juga la, kna make over baru nampak gorgeous..kn kn korang)

(- -,)

Ini adalah kerja pertama kami, dan diharapakan ia dapat memberi motivasi kepada korang2 untuk terus menghargai makanan. Tanpa makanan hidup tak bermakna..uuu.. n diharap dengan kerja pertama ini boleh meningkatkan motivasi kami untuk lebih kreatif dimasa akan datang. Sama ada untuk menghasilkan gambar2 tentang makanan atau apa sahaja gambar yang boleh menaikan seni keghairahan gambar itu..dush!! Hopefully ..

Location : Kitchen 5 bangunan FPHP

Gadget : Nikon coolpix 8.0 megapixel

Date : 13rd January 2010

Time : 11.00 a.m

Theme : Life's Simple Pleasures
















So please enjoy ye korang dengan hasil2 kerja kami. If ad comment2 yang membina sila2 lah (bt cm umah sendri)

Sekian terimas!!
Adios



foot notes: jangan buat kerja last minit..kalau tidak, anda dalam bahaya!!