v + aku bukan milik kamu + v

v + aku bukan milik kamu + v
P.a.s.t.i.I.t.u.B.u.k.a.n.A.k.u

Sunday, May 29, 2011

HANGIT Punya Panggilan

Pagi-pagi apa korang buat?Lepas subuh, masa nak bersiap pergi kerja, pergi sekolah, pergi kolej, even masa bercuti duduk relax-relax kat rumah time cuti semester/sekolah pun mesti ada benda je akan di sibukkan pagi-pagi buta tu kan. Kecuali la korang membuta sampai ke petang..Pagi tadi aku dengar Hot fm Panggilan Hangit. Dia punya kisah tentang seorang awek ni nak hangitkan pakwe dia dengan pakat ngan FBI. Si pakwe ni selalu cemburu dengan kawan awek ni nama Hadi *kalau tak silap..Pastu diorang pun call untuk hangitkan si pakwe. Konon-konon FBI tu Hadi dan nak mintak izin suruh lepaskan awek tu sebab dia dah bersedia nak berkahwin dengan awek tu..Apalagi si pakwe bersungguh-sungguh cakap yang dia sangat-sangat cintakan awek tu..huuuu so sweeeeettt!!! Dia siap nangis2 tu..wwowowot..cara cam childish tapi bagi seorang perempuan aku sangat jeles sebab lelaki tu dah buat confession live kat radio tu..Sanggup buat apa saja untuk awek dia tau..

So tacing..even sampai sekarang pun still tersenyum ingatkan pangilan hangit yang sungguh marvellous ni!

u make my day syikin. Thanks =)

moral of the story: dengarlah radio pagi-pagi untuk elakkan tidur lepas subuh..theee

Sunday, May 15, 2011

dunia boleh tangguh, akhirat kena jaga

buat renungan diri sendiri dan semua

Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu

Subuh Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

Zuhur

Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.



Asar

Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.



Maghrib

Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.



Isyak

Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.


p/s: cukupkan solat supaya terjamin masa hadapan..amin