
Topik kita hari ini>>> LELAKI / PEREMPUAN siapa lagi banyak mebebel. Kenapa? Sebab setiap pagi Isnin dan Khamis kat ofis wajib dengar bebelan bos besar. Belum lagi kena bebel dekat rumah hari-hari oleh kakak tersayang. Ekspresi muke confirm poyo dan comel sahaja..hihi..Membebel ni selalunya ia sinonim dengan wanita.

Betul ke wanita sahaja yang suka membebel atau lelaki juga suka membebel. Bila dah masuk alam pekerjaan ni aku rasa manusia yang paling suka membebel adalah kaum lelaki. Tak tau la kenapa sebab kalau kena masuk sekolah semula kat ofis ni mesti yang lelaki je bersuara. Makcik-makcik kat sini suke jeling-jeling je. Mulut diaorang kurang berkicau sikit maybe sebab dekat rumah dah penat berkicau. Tak pun diaorang bekicau tepi ala-ala mesyuarat tingkap tu. Tapi mostly bukan la membebel cume luahan perasaan (kononnya)

Aku rasa kuat bebel atau tak ni, depends on penerimaan orang tu sendiri. Kalau tengok secara positif apa yg diperkatakan, ianya adalah nasihat atau teguran atau luahan perasaan tak puashati. Tapi kalau tengok secara negatif, ianya jadi bebelan yang mengeraskan taik telinga. Cume bila ada orang tu mebebel tentang benda yang betul it's ok kan. Boleh terima.

Just sangat bengang bila dia membebel bagi nasihat sekali ngan merapu-rapu cerita zaman dulu-dulu punye kes yang berulangkali nak dengar siap package sindiran aka perli meperli yang pedas-pedas..memang tak la kalau nak tercongok dengar benda- benda tu. Muka kita yang mendengar ni macam orang nak pergi perang pun ada. hampess..

Sekarang experience aku sendiri, bos pulak...kaki membebel...kaki perli... huh rasakan!!
