v + aku bukan milik kamu + v

v + aku bukan milik kamu + v
P.a.s.t.i.I.t.u.B.u.k.a.n.A.k.u

Monday, March 1, 2010

Tadika Kemas 1994




Tik Tok Tik Tok Tik Tok…. Masa terus berjalan..Agak2 rasa macam berlari pun ada.

Sekejap je tanpa kita sedari kn kn..Bru je masuk sekolah tadika, dah kena masuk rendah..belajar bla..bla..PTS, UPSR. Start masuk alam sekolah menengah..bercinta..menggedik (almaklumlah remaja katakan)..wekkss korang pon macam tu jugak kan..Alaaa jangan tipu laa. Exam besar PMR dgn SPM..inilah penentu masa depan. Whoaa. Dan dengan result yang tak sehensem mana further ke Martikulasi dan seterusnya masuk Universiti. Ahh kenangan..Sesingkat usia aku dan korang kat dunia yang fana ini.

Disebabkan mood nak revise balik kenangan2 silam ni, aku nak cerita pasal kenangan2 tadika dan sekolah rendah yang masih still remain kat otak ni. Nak test berapa kapasiti kenangan yang tinggal dalam memori. Uhuh..

Part 1

t . a . d . i . k . a

Zaman2 tadika aku boleh dikatakan agak hyper punye budak la. Mentang2 jiran ramai, semua dok pakat satu kelas..kelas apa..kami kelas ngan CIKGU MALA. normala kot namanya..bila dah jiran ramai2 dok satu kelas, apa lagi..kami buat geng. bila nak main glongsor je, budak2 len x leh nak kacau..kami2 je boleh..bila nak main buaian, sama je tricknye..kami je boleh. sama ada ugut ngan paksa rela..kecik2 dah gangster,,ehh ak x,,ak follow je..wahaha

ada jugak yang pelat time sek tadika..ini dialaognya

sulaiman : "cikgu..dah yap"

cikgu mala : "kalau dah yap, dok yam2"

Kami2 yang dengar time tu punyela gelak sakan..hua..hua..kesian kat kawan tu (de dah selamat jadi askar sekarang ni). Ada gak dulu aku buli kawan meja depan. Budak tu pendiam gila la.. Everyday cikgu dah pesan bawak gambar.. contoh kalau belajar huruf a kena bawak gambar ayam atau apa2lah gambar yang mula ngan huruf a. Aku ni kecik2 dah jadi pelupa.. asyik x bawak aje gambar2 yang mak aku dah siap guntingkan..bila kelas dah mula, mangsanye siapa lagi..curi gambar kawan tu (dia kan duduk depan meja, senang je la nak curi).. jahatkan aku.. Sorry ye kawan (minah ni kawin masa 2006, advance kn. Dh la kawin lagi awal dri ak..aaa).


Bila time makan pagi rasanya dalam pukul 10, kena dok beratur memanjang..ada sorang budak laki, dia kelas ngan cikgu Iza.. boleh kata hari2 dengar dia mengangis.. x tau la berapa lama dia menangis..sampai bengak2 mata gitu..wahh..sebabnya.. ayah dia balik tinggalkan dia kat sekolah..AMIN.. aku akan ingat kamu sampai bila2.. budak2 batch kita pon mesti akan ingat ko sampai bila2.. wahaaa..

Selalu kalau balik sekolah, masa awal2 tu mesti abah aku anta pegi balik. tapi lepas dua minggu dah buat permintaan, " Abah, kaein nak balik jalan kaki.. dengan PIPI,SAPIK ngan IWAN (kawan2 baik aku masa sekolah tadika sampai la ke sek rendah pun)...." hah.. dengan rela hati bapak aku benarkan. Duit belanja tiap2 hari 20sen, 10sen air, seposen kacang salut tepung yang plastic ad gambar rama2 tu. Superb!! Pastu dah 2 3 bulan sekolah, harga air naik, x leh beli seposen, tapi kena beli 20sen. X bley blah.. Makcik tu pon x consider langsung ngan budak2.. jahat punye makcik. After tu kami sume dah x beli situ dah, g beli kedai lain..padan muke dia.. waahaa..

Banyak lagi yang nak explain..

Ak simple2 kan lah ye

- Sukaneka masa tadika ak x dapat nak join sebab semput, kena reject..frustrated giler sebab jiran2 semua pegi.

- Masuk pertandingan koir kat PPD nyanyi lagu wawasan 2020..kena pakai riben kat rambut. Tu la lagu paling popular time tu..sekarang2 ni dh x dengar dah sebab tahun 2020 10 tahun je lagi kn. Balik dari pertandingan tu cikgu bawak gi gunung lambak makan bekal nasi lemak tapi de x sedia air..ada yang x tahan g minum air gunung sebab kepedasan. Macam2 hal.

- Ada satu event tu kan pakai tudung yang berlilit ngan kadbod warna purple/biru kat kepala, tapi still x ingat event ap.. nyanyi nasyid kot sebab kna pakai tudung..


- Masuk pertandingan mewarna kat PPD jugak, wajib pakai caryon buncho.. gamba umah belakang ad bush ng matahari..umah ak wana pink, bumbung warna biru+kelabu (sebab sama ngan umah aku ny bumbung..haha), yang x tahan tu cikgu mala bagtau, yang menang bumbung de warna merah..hampeh..bumbung je kot..emm dapat no 9, tapi hadiahnya x ingat apa.. kira orait la kn.. pertandingan satu l Kluang tu..

- Lawatan pergi ke Melaka x join..walaupun cikgu-cikgu pujuk sampai kat umah, jiran2 ugut x mo kawan klu x pergi..tapi still x mo jugak. (err.. sebab dulu aku mabuk~muntah2 bila nek kenderaan berenjin kecuali moto. Tak kira la kereta, bas, keretapi. Heli ng jet pejuang je x cuba nek..haha)


- Sebelum hari convocation, ala ari bagi sijil kite pakai jubah tu cikgu suruh join tarian zapin. Aku ngan PIPI terpilih tapi disebabkan kami punya tangan keras macam kayu, awal2 kena reject..wahah..naseb baik..klu x jadi tarian pokok bergerak la jawabnya.

- Gambar sekolah tadika masa pegang sijil aku dah rosak sebab pergi dengar nasihat kawan2 g letak dalam baju masa balik sekolah. Sampai rumah dah melekat sebab peluh n gamba tu pon rosak..


So dah x ada memory hard copy, soft copy je ada. Thanks god..still in mind Alhamdulillah.. Kepada yang pernah satu sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah agama, hope korang pun still ingat..keseronakan zaman kita masa budak2.. I always appreciate what I have done with you all..

Terima kasih kenangan

1994~aku merinduimu

(budak2 sekolah tadika kemas felda kahang timur)

Sekian..


p/s: Part 2 akan bersambung bila tiba masanya

No comments:

Post a Comment