v + aku bukan milik kamu + v

v + aku bukan milik kamu + v
P.a.s.t.i.I.t.u.B.u.k.a.n.A.k.u

Wednesday, February 16, 2011

Lelaki vs wanita tentang B.E.B.E.L.A.N

Topik kita hari ini>>> LELAKI / PEREMPUAN siapa lagi banyak mebebel. Kenapa? Sebab setiap pagi Isnin dan Khamis kat ofis wajib dengar bebelan bos besar. Belum lagi kena bebel dekat rumah hari-hari oleh kakak tersayang. Ekspresi muke confirm poyo dan comel sahaja..hihi..Membebel ni selalunya ia sinonim dengan wanita.

Terutama bila sudah berstatus isteri orang mereka seringkali dikatakan suka membebel. Tapi sejauh manakah relevan perkara tersebut. Setakat ni belum ada orang Malaysia buat reaserch kat uni tentang tahap pembebelan manusia..Lepas ni kalau ada orang nak buat pun bagus jugak kan..theee..

Betul ke wanita sahaja yang suka membebel atau lelaki juga suka membebel. Bila dah masuk alam pekerjaan ni aku rasa manusia yang paling suka membebel adalah kaum lelaki. Tak tau la kenapa sebab kalau kena masuk sekolah semula kat ofis ni mesti yang lelaki je bersuara. Makcik-makcik kat sini suke jeling-jeling je. Mulut diaorang kurang berkicau sikit maybe sebab dekat rumah dah penat berkicau. Tak pun diaorang bekicau tepi ala-ala mesyuarat tingkap tu. Tapi mostly bukan la membebel cume luahan perasaan (kononnya)

*ingat burung je ke berkicau..manusia pon la..ngeh..ngeh

Aku rasa kuat bebel atau tak ni, depends on penerimaan orang tu sendiri. Kalau tengok secara positif apa yg diperkatakan, ianya adalah nasihat atau teguran atau luahan perasaan tak puashati. Tapi kalau tengok secara negatif, ianya jadi bebelan yang mengeraskan taik telinga. Cume bila ada orang tu mebebel tentang benda yang betul it's ok kan. Boleh terima.

Just sangat bengang bila dia membebel bagi nasihat sekali ngan merapu-rapu cerita zaman dulu-dulu punye kes yang berulangkali nak dengar siap package sindiran aka perli meperli yang pedas-pedas..memang tak la kalau nak tercongok dengar benda- benda tu. Muka kita yang mendengar ni macam orang nak pergi perang pun ada. hampess..

Alah jangan kata perempuan je lelaki pun sama. Tetapi lelaki yg suka membebel ni biasanya yang sudah meningkat usia 40 tahun ke atas. Bila diberi perumpamaan "Life begin at 40th", diaorang punya suka mak ai..buruk..full package>+gatal+handsome+macho+aset yang dilupakan cuma +tua je. Alahai dunia.

Sekarang experience aku sendiri, bos pulak...kaki membebel...kaki perli... huh rasakan!!

1 comment:

  1. Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    ReplyDelete